KUCHING: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berhasrat memasuk-kan amalan kemampanan ke dalam operasi mereka kini boleh melaksanakannya melalui Toolkit Small Medium Enterprise-Sustainable Development Goals (SME-SDG).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili berkata, hasil kerjasama UN Global Compact Malaysia dan Brunei, Toolkit SME-SDG dibangunkan dengan tujuan membimbing PKS dalam proses kemampanan utama sambil membentuk daya tahan perniagaan dalam menghadapi cabaran pasca-COVID-19.

“Di Sarawak Energy, kami dipandu oleh UN SDG dan terus berusaha menerapkan amalan kemampanan dalam sistem perniagaan.

“Kami percaya dapat memaksimumkan kesan positif operasi sambil meminimumkan sebarang kesan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar,” ujar beliau ketika melancarkan Toolkit SME-SDG pada Sidang Kemuncak Maya Kemampanan Korporat 2020-Go ESG ASEAN kelmarin.

Kata Sharbini juga, pihak-nya telah melakukan banyak penerokaan dan belajar sebanyak mungkin daripada amalan baik antarabangsa pada peringkat awal menuju ke arah kemampanan, selain berusaha membangunkan sumber yang ada kini.

“Pihak kami berharap melalui toolkit ini, ia akan memudahkan PKS menerap-kan kemampanan dalam corak pemikiran dan tanggungjawab,” ujar Sharbini.

Pengarah Eksekutif UN Global Compact Network Malaysia Faroze Nadar pula menyatakan bahawa PKS mempunyai satu kelebihan utama daripada organisasi yang lebih besar dalam menangani isu kemampanan.

“PKS yang beroperasi dalam skala kecil memberi mereka kelebihan dari segi ketangkasan untuk memberi reaksi cepat terhadap perubahan dalam persekitaran perniagaan.

“Namun, mereka berhadapan masalah kurangnya informasi tentang perubahan yang menjadikan kemampanan peluang untuk berinovasi, membangun daya tahan dan berkembang dalam ekonomi global yang berubah,” katanya sambil menambah, Tookit tersebut berfungsi menyediakan PKS dengan semua alat dan panduan yang diperlukan untuk menutup jurang itu.

Toolkit SME-SDG diba-ngunkan berdasarkan kerangka MAJU (Advance) yang sesuai dengan tujuan membolehkan PKS membuat peta jalan kemampanan yang unik.

Rangka kerja MAJU adalah proses empat langkah yang merangkumi komponen Misi, Aktiviti, ‘Justifying’ dan ‘Upgrading’ yang dirancang sebagai rangkaian pengurusan kemampanan lengkap untuk PKS.

Bengkel eksklusif latihan dalam talian yang eksklusif untuk PKS juga diadakan kelmarin sempena pelancaran alat ini.

News Source: https://www.utusanborneo.com.my/2020/11/25/pks-berhasrat-masuk-amalan-kemampanan-dalam-operasi-boleh-melaksanakannya-melalui-sme-sdg

X